Pages

Dec 11, 2010

Artikel SInar Harian hari ini mengenai Program Berkhatan

11 Disember 2010 - Hari ini, Kampung Melayu Raya sekali lagi mendapat publisiti percuma dalam akhbar Sinar Harian. Artikel mengenai Program Berkhatan pada 28 dan 29 November lalu dimuatkan dalam edisi Johor, berita daerah Segamat.

Saya tak dapat berikan link ke berita tersebut di laman web Sinar Harian, kerana kandungan disitu masih belum diupdate. Sesiapa yang berminat boleh dapatkan dengan harga RM1 di kedai-kedai berdekatan.

p/s : suatu masa dulu, kita selalu mengharap berita tentang kita di dada-dada akhbar. Kini mudah sahaja kita mendapat perhatian. Lebih-lebih lagi akhbar Sinar Harian. Terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa dan penduduk kampung yang bekerja keras untuk kita sampai di peringkat ini. Tak lupa juga kepada sahabat saya, saudara Nazirul, dari skuad Cakna Sinar Harian yang banyak membantu (Terima kasih juga belanja minum malam tadi.. =) ). Cuma saya terkilan dengan sesetengah penduduk kampung yang hanya tahu mengkritik, sedangkan dirinya sendiri tidak mahu turut membantu. Kami AJK JKKK bekerja tidak dibayar gaji, sekadar menyumbang apa termampu demi kepentingan kampung sendiri. Kami tidak mengharap apa-apa balasan. Apa yang kami harapkan, semua pihak dapat memberi kerjasama sebaiknya, bukan hanya mencerca. Kita masih boleh pergi lebih jauh, ke tahap yang lebih cemerlang. Oleh itu, sama-samalah kita berganding bahu, demi kejayaan kita bersama.

Dec 10, 2010

Baikpulih Masjid Jamek Naemah Kampung Melayu Raya Fasa 1

Masjid Jamek Naemah Kampung Melayu Raya telah mendapat peruntukan untuk proses baikpulih dengan kos sebanyak RM 140,000.00. Kerja-kerja baikpulih dijangka berjalan selama 2 bulan, bermula sebelum hujung tahun ini. Melalui mesyuarat jawatankuasa JKKK bersama JK Masjid pada 8 Disember lalu, keputusan telah diambil, bahawa Solat Jumaat akan diadakan di Surau Jalan No 3.

Proses baikpulih melibatkan hal-hal berikut;
1. Baikpulih atap dan siling
2. Baikpulih lantai yang rosak
3. Penukaran karpet
4. Gantian pintu dan tingkap

Mesyuarat jawatankuasa juga telah memutuskan untuk menggantikan tiang kayu di bahagian belakang dengan tiang roman. Kos penggantian tersebut dianggarkan sebanyak RM 10,000. Untuk itu, pihak jawatankuasa memohon bantuan penduduk untuk menyumbang kepada pengumpulan dana tersebut. Mana-mana pihak yang berhajat menderma boleh menghubungi Pengerusi ; Tn Hj Idris, atau Setiausaha ; En Zakaria@Daud.

Diharap kerja-kerja baikpulih dapat berjalan lancar dan siap dalam jangkamasa yang ditetapkan.

Nov 22, 2010

SK Melayu Raya : Bangunan Baru, Semangat Baru, Harapan Baru

Bangunan baru SK Melayu Raya yang mula dibina sejak lebih setahun lalu kini siap dibina. Esok, 23 November 2010, majlis penyerahan bangunan oleh pihak kontraktor kepada Pejabat Pendidikan Daerah Segamat akan berlangsung.

Petang tadi, saya berkesempatan melihat sendiri bangunan tersebut. Cukup besar untuk bilangan murid sedia ada. Beruntung budak-budak zaman sekarang.

Klik "read more" untuk melihat gambar.

Oct 18, 2010

Sinar Harian - UTHM Pilih Kampung Melayu Raya

Artikel asal di laman web Sinar Harian, atau dapatkan akhbar Sinar Harian di kedai-kedai berdekatan anda. (Pesan pada Tok Deris supaya beli banyak2 untuk orang kampung..=P)
KAMPUNG MELAYU RAYA - Seramai 17 pelajar dan beberapa kakitangan serta tenaga pengajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat telah berkampung di sini, selama tiga hari dua malam untuk menjalankan Program Khidmat Masyarakat.

Pengarah Program, Dr Mohd Akbal Abdullah berkata, program khidmat masyarakat yang diadakan merangkumi pelbagai program melibatkan penduduk dan sekitar Kampung Melayu Raya ini dan pelajar serta pensyarah yang hadir.

“Program yang kita jadualkan di sini amat padat dan kita berharap semua yang telah dirancang dapat dijalankan dengan sempurna. Antara aktiviti yang dijalankan ialah, akikah, lawatan sambil membersihkan rumah warga tua dan mengadakan kelas tambahan untuk adik-adik yang masih bersekolah,” katanya.

Menurutnya, sepanjang program dijalankan, semua peserta termasuk kakitangan dan pensyarah akan tinggal di rumah penduduk di sini, tidak seperti sesetengah program hanya pelajar sahaja yang tinggal bersama penduduk kampung.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemelah, Datuk Ayub Rahmat berkata, program seumpama ini adalah program yang perlu disertai penduduk kampung ini kerana pelbagai aktiviti bermanfaat dijalankan.

“Peluang yang datang perlu direbut kerana program ini dapat mengeratkan silaturahim antara penduduk kampung dengan peserta,” katanya.

Oct 13, 2010

Program Anak Angkat Universiti Tun Hussien Onn Malaysia

Tarikh : 15 - 17 Oktober 2010
Tempat : Kampung Melayu Raya, Segamat
Aktiviti : Program akiqah, ceramah isu semasa, perlawanan futsal, dan beberapa program lain.

*diharap pihak JKKK mendapat kerjasama sepenuhnya dari pihak penduduk kampung, terutamanya keluarga-keluarga angkat.

Sep 8, 2010

Selamat Hari Raya!

Barisan kepimpinan JKKK GDW Kampung Melayu Raya mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin kepada semua penduduk Pogoh 4. Maafkan kami andainya ada tersilap kata, terkasar bahasa, atau terlepas mengata.

Aug 23, 2010

Program Semarak Ramadhan, Gerakan Belia 4B (M) Caw. Kampung Melayu Raya

Tarikh : 23 Ogos 2010
Tempat : Surau Jalan No 2, Kampung Melayu Raya
Masa : 9.00 pagi - 10.00 malam
Kehadiran : +- 70 orang
Aktiviti : Memasak & mengedar bubur lambuk, tazkirah, penyampaian sumbangan, majlis berbuka puasa, solat tarawih berjemaah.

Klik pada gambar untuk melihat galeri gambar program tersebut :


Galeri Program Semarak Ramadhan

Aug 12, 2010

Lawatan YAB Menteri Besar Johor, Dato' Hj Abdul Ghani bin Othman

Tarikh : 10 Ogos 2010
Tempat : Dewan Terbuka Kg Melayu Raya
VVIP : Dato' Hj Abdul Ghani bin Othman, Menteri Besar Johor
Penyertaan : ~700 orang

Program Ziarah Pusara Peringkat Daerah Segamat 2010

Tarikh : 8 Ogos 2010
Tempat : Tanah Wakaf Kg Melayu Raya
VIP : YB Ayub bin Rahmat, YB Dato' Baharom Mohamed
Penyertaan : ~40 orang

Jul 6, 2010

Pertandingan Badminton Terbuka Pogoh IV

Gerakan Belia 4B (M) akan mengadakan pertandingan badminton terbuka Pogoh 4 pada 12 - 18 Julai 2010. Pertandingan diadakan secara beregu dalam 3 kategori ;
  • Beregu Lelaki,
  • Beregu Wanita dan
  • Beregu Campuran.

Yuran penyertaan:

  • warganegara : RM 5
  • bukan warganegara : RM 10

Terbuka kepada semua penduduk Pogoh 4, Bandar Putra dan Bukit Siput. Untuk sebarang pertanyaan atau penyertaan, sila hubungi:

  • Amirul Amry : 0127077845
  • Sollehan Hafiz : 0177762247
  • Ahmad Shamsul : 0127259715

Hebahan Kursus GIATMARA


Tawaran mengikuti kursus SENIREKA GAYA RAMBUT di GIATMARA Sekijang, Segamat untuk kemasukan bulan Julai..
untuk keterangan lanjut, hubungi GIATMARA SEKIJANG 07-9435232 FAX-07-9436232

Jul 5, 2010

Tahniah!

Ucapan tahniah diberikan kepada YB tersayang, YB Ayub Rahmat kerana mendapat ibu ipar yang baru...diselitkan di sini beberapa foto ketika Gerakan Belia 4B Kg Melayu Raya turut serta membantu di rumah beliau semalam:

Jul 2, 2010

Gambar-gambar shooting Salam Desa di Kg Melayu Raya

Maaf kerana lewat upload gambar-gambar ni. Ini cuma sebahagian. Gambar-gambar selebihnya boleh dilihat di laman facebook Kampung Melayu Raya di http://www.facebook.com/melayurayasegamat

Jun 21, 2010

Friendly Futsal dan Sambutan Hari Belia peringkat Negeri Johor


Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Kg Melayu Raya mengadakan lawatan ke Johor Bahru pada 19 dan 20 Jun (Sabtu & Ahad) dengan jumlah peserta lebih kurang 40 orang. Kami berkonvoi dengan 8 buah kereta dari rumah saudara Sham Hero (cewah) jam 5 petang dan tiba di Johor bahru pada jam 8 malam. Pasukan futsal Kg Melayu Raya dengan riak dan bangganya membelasah team dari JB dalam perlawanan futsal malam tersebut.

Jam 2.00 petang keesokan harinya, kami turut serta memeriahkan perasmian Hari Belia peringkat negeri Johor di Kg Maju Jaya. Kemeriahan disitu diakhiri tragedi pengsan di petang hari menyebabkan kami terus bertolak pulang.

Anyway, memang seronok sangat lawatan semalam. Saya ucapkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada semua yang turut serta, terutamanya cikgu Shamsul yang sakit kepala uruskan belia2 Melayu Raya.

Jun 12, 2010

Nilai kesedaran..

Semalam selepas solat jumaat, saya menunggang motorsikal untuk pulang ke rumah. Dalam perjalanan, sekumpulan budak memotong. kemudian beberapa ketika, seorang dari mereka memperlahankan motor jadi saya cuba memintas semula. Tiba-tiba dia laju semula dan terus wheelie di depan saya. Saya menjarakkan motor kerana hati kecil saya mengatakan sesuatu akan berlaku, dan ternyata, seketika kemudian, budak tersebut terjatuh. Sambil menjeling, saya membiarkan mereka terbaring di jalan tanpa niat untuk membantu. Sendiri cari pasal, sendiri la tanggung.

Kemudian pada petangnya, ketika saya dalam perjalanan ke balairaya untuk program bersama RTM, saya terserempak lagi dengan budak tersebut. Sebahagian mukanya luka dan tangannya berbalut. Apa yang mengejutkan, caranya menunggang masih tidak berubah. Wheelie sana, wheelie sini. Satu persoalan disini, tidak adakah walau sedikit kesedaran dihatinya. Takkan nak tunggu mati baru nak menyesal?. Fikir-fikirkan.

Terima Kasih - Salam Desa

Program Penggambaran RTM di Kg Melayu Raya untuk rancangan Salam Desa telah berakhir malam tadi. Saya mewakili pihak JKKK, mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak RTM diatas kesudian berkunjung, kepada KEMAS, kerana memberi peluang kami mempromosikan kampung, dan kepada semua penduduk yang memberi kerjasama memuaskan sepanjang penggambaran berlangsung. Gambar sepanjang program penggambaran akan diupload dalam beberapa hari lagi.

Jun 10, 2010

Program Salam Desa RTM di Kg Melayu Raya

Semalam krew penggambaran Salam Desa RTM telah tiba di Kg Melayu Raya jam 6.20 ptg. Penggambaran telah dimulakan pagi ini bermula di IKS daun getah (Pn Hajah Sarumi) dan kemudian ke pusat pengumpulan getah (Hj Rosle). Kepada sesiapa yang berminat nak tengok mukanya masuk tv, rajin-rajin la ikut krew ni yer..=). mereka akan berada di Kampung Melayu Raya sehingga 12 Jun (Sabtu). Diharap penduduk memberi kerjasama sepenuhnya. Koleksi gambar sepanjang penggambaran akan diupdate selepas program penggambaran berakhir.

Jun 8, 2010

Diploma dianggap pilihan selamat

Petikan daripada myMetro untuk renungan dan panduan bersama:

Beranggapan matrikulasi platform pantas memperoleh segulung ijazah, ramai pelajar salah membuat pilihan sekali gus gagal menamatkan pengajian.
Biarpun bijak dan memperoleh keputusan cemerlang, bukan jaminan mereka mampu mengharungi tempoh pengajian setahun yang padat dan mencabar kerana matrikulasi berisiko kalau tidak bersedia.
Tidak hairanlah ada yang kecundang kerana tidak mampu mengikut syarat diperuntukkan meskipun mempunyai keputusan cemerlang.
Dengan 14 kolej matrikulasi seluruh negara dan enam pusat asasi ditawarkan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) , peratusan mereka yang gagal menamatkan pengajian tetap ada.
Persoalannya ke mana arah mereka yang gagal ini dan masih wujudkah lagi peluang lain menyambung pengajian? Naib Canselor Universiti Teknologi Mara ( UiTM), Datuk Profesor Dr Sahol Hamid Abu Bakar, berkata kegagalan tidak bermakna cita-cita mereka menggenggam ijazah terhenti kerana peluang masih terbuka.
Menurutnya, banyak institusi pendidikan dalam negara mampu memberi peluang kedua menyambung pengajian sekali gus memperbaiki kegagalan.
"Kali pertama gagal, renung apa kesilapan diri. Mereka bijak tapi bukan semua boleh berjaya. Bagaimanapun jangan jadikan itu sebagai alasan.
"Rebut peluang belajar yang ditawarkan pelbagai institusi sedia ada. Itu lebih baik daripada terus meratap dan menyalahkan diri sendiri," katanya.
Diploma yang ditawarkan kebanyakan IPTA adalah peluang terbaik kerana pelajar boleh menggunakan semula kelayakan asas SPM untuk memohon.
Berbanding matrikulasi, diploma juga dianggap pilihan 'selamat' untuk membina masa depan meskipun tempoh pengajian tiga tahun. Pasaran kerjayanya juga cerah kerana program berkenaan sudah dimantapkan dengan keperluan industri.
Kepelbagaian program juga satu kelebihan berbanding matrikulasi yang hanya menawarkan dua jurusan iaitu sains dan perakaunan.
Atas dasar keprihatinan, UiTM turut membuka pintu menawarkan diploma namun mesti mengikut prosedur ditetapkan, antaranya perlu memohon semula menggunakan kelayakan SPM.
Bagaimanapun, Dr Sahol Hamid berkata, jangan melihat isu itu sebagai sensasi tapi lebih kepada menunaikan tanggungjawab kepada anak bangsa.
"Sebagai sebuah universiti yang mempunyai keupayaan menampung kapasiti pelajar ramai, UiTM memang mahu membantu apatah lagi ada wawasan untuk mencapai sasaran 200,000 pelajar.
"Bagaimanapun tiada keistimewaan diberikan, kena ikut proses dan permohonan menggunakan SPM. Rugi kerana perlu mengulang tapi itu lebih daripada terus meratap kegagalan," katanya.
Program Matrikulasi kecuali di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Pusat Asasi Sains Universiti Malaya dikendalikan sepenuhnya Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia.
Empat IPTA lain ialah Pusat Asasi UiTM, Sains Pertanian Universiti Pertanian Malaysia (UPM), Pusat Tamhidi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Pusat Asasi Universiti Pertahanan Malaysia ( UPNM).
Ditanya jika ada agenda tersembunyi, beliau menafikan sebaliknya menganggap tujuan itu adalah amanah kepada semua institusi yang menjadi pemangkin proses pembelajaran sepanjang hayat.
Malah turut menegaskan matrikulasi tidak gagal dan masih relevan cuma berisiko tinggi kepada pelajar yang lalai.
"Jika gagal diploma masih boleh mengulang, peluang kerjaya juga lebih terjamin tapi bagaimana jika gagal matrikulasi sebab sijilnya kurang diperakui majikan.
" Sama ada matrikulasi atau diploma, terserah tapi kena pastikan benar- benar bersedia, kalau tidak pasti rugi dan buang masa," katanya.
Dr Sahol Hamid berkata kegagalan adalah subjektif tapi mengakui faktor piawaian pengajian yang tinggi menyebabkan pelajar perlu bersedia melalui frasa pengajian ditawarkan.
"Jangan belajar sambil lewa tapi beri penumpuan. Kalau tidak, bersedialah menghadapi risikonya," katanya.

May 25, 2010

Program Pentarama

Tarikh : 29 Mei 2010 (Sabtu)
Tempat : Dewan Terbuka Kg Melayu Raya, Segamat

Apr 20, 2010

Program Jelajah MISTI & Komuniti Broadband

Tarikh : 18 April 2010
Lokasi : Balairaya Kampung Melayu Raya
Penganjur : Unit Sains, Teknologi dan ICT Negeri Johor, SKMM, bersama JKKK Pogoh 4
Anggaran Kehadiran : ~400 orang
Laporan bergambar :

Projek Keceriaan Kampung, KEMAS Daerah Segamat.

Tarikh : 11 dan 17 April 2010
Penganjur : KEMAS Daerah Segamat, bersama GDW Kg Melayu Raya
Lokasi : Sekitar Kg Melayu Raya, perasmian di Dewan Terbuka
Anggaran Kehadiran : ~150 orang
Laporan Bergambar :

Pencapaian Kampung Melayu Raya



Pencapaian Kampung :
2009 - Johan, Anugerah Desa Cemerlang, Peringkat Daerah Segamat
2009 - Naib Johan, Anugerah Desa Cemerlang, Peringkat Negeri Johor

Pencapaian Individu/Kelab :


Kelab Kompang Warisan Putra Muda:
2006,2007,2008 - Johan, Pertandingan Kompang Formasi, Peringkat Negeri Johor
2008 - Johan, Pertandingan Kompang Formasi, Peringkat Kebangsaan

Projek Ternakan Keli : En. Taiyib Riyon

Pengusaha:
En Taiyib bin Riyon

Lokasi:
Jalan No 4, Kampung Melayu Raya

Keluasan tapak projek:
5’ x 30’ x 32 buah kolam

Kapasiti pengeluaran:
1 tan setiap bulan

Taraf projek:
Individu

Pendapatan:
RM 3000.00 sebulan

Agensi terlibat:
Jabatan Perikanan (khidmat nasihat, bantuan makanan, latihan/kursus, pemasaran)


Perniagaan Tn Hj Rosle Baruji

PERNIAGAAN HJ ROSLE BARUJI

Nama Syarikat :

- Rosle bin Baruji
- Rosle Farm & Services
- Rosle Management Estate & Supplier
- Rosle Family Trading

Pemilik :
Tn Hj Rosle bin Baruji

Status Pemilikan:
100% Bumiputera

Alamat Berdaftar:
LOT 2825, Kampung Melayu Raya, 85000 Segamat, Johor

No Tel:  
07-9435066 / 019-7004847

Jumlah Tenaga Kerja :
21 orang

Modal Berbayar:  
RM 600,000.00

Nilai Aset Tetap:  
RM 1,533,000.00 (meliputi kenderaan,rumah-rumah,stor,tanah,tanah pajakan dan pejabat)

Aktiviti perniagaan:

- Pemasaran Getah  
  Pengumpulan dan pembelian getah.Bagi tahun 2009, sehingga Jun, pembelian getah berjumlah 1.6 juta tan dengan nilai RM 3.4 juta.
- Ternakan/pemasaran dan penyembelihan lembu/kambing
  Purata bulanan 60 ekor kambing dan 10 ekor lembu. Mendapat bekalan penduduk sekiranya kehabisan bekalan
- Pembinaan bangunan/rumah
  Aktiviti baru bermula
  10 projek pembinaan rumah/bangunan kecil telah siapkan
- Pembangunan Tanah
  Dijalankan melaui kepercayaan dan sokongan individu dan bantuan RISDA
- Pengurusan Tanah
  Diberi amanah menguruskan tanah milik individu dengan jumlah keluasan lebih kurang 18 ekar.
- Pembelian buah tandan segar (BTS)
  Dijalankan melalui permintaan pekebun kecil yang mengusahakan tanaman sawit.
  Purata belian berjumlah 40-50 tan sebulan.


Misi, Visi, Objektif dan Falsafah

Misi  
1.  Mewujudkan masyarakat cemerlang, berilmu pengetahuan serta berkemahiran. 
2.  Meningkatkan taraf hidup penduduk. 
3.  Meningkatkan kualiti kepimpinan & pengurusan organisasi. 
4.  Menyediakan kemudahan infranstruktur dan prasarana yang sesuai dan secukupnya. 
  
Visi   
Menjadi kampung yang cemerlang dari segi pembangunan sosial, ekonomi dan prasarana pada tahun 2020.

Objektif 
a) Melahirkan masyarakat yang sihat dan produktif. 
b) Memastikan kawasan kampung sentiasa bersih dan ceria. 
c) Melahirkan masyarakat yang berpendidikan dan berilmu. 
d) Memupuk semangat kerjasama di kalangan penduduk. 
e) Membentuk modal insan yang berasaskan Al-Quran, As-Sunnah dan Islam Hadhari. 

Falsafah 
Bulat  air  kerana  pembetung,  bulat  manusia  kerana muafakat.  
Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.  
Kerjasama  dalam  setiap  perkara  yang  dilakukan berupaya membentuk masyarakat  cintakan  perpaduan dan ukhwah sesama insan. 

Portfolio AJK

Pembahagian Portfolio :

Biro Wanita - Pn Jariah Kurdi
Biro Agama - Tn Hj Duan Maimon
Biro Ekonomi dan Keusahawanan - Tn Hj Rosli Baruji
Biro Pendidikan - En Johari Marsan
Biro Sosial - En Ahmad Rus Sarimin
Biro Keceriaan dan Keindahan - Tn Hj Tumijan Suratman
Biro Kebersihan dan Kesihatan - En Ab Razak Ab Rahman
Biro Belia, Sukan dan Rekreasi - En Ahmad Shamsul Tumijan
Biro Keselamatan - En Zakaria Baharan
Biro Warga Tua - En Sallehin Hj Lot
Biro Kebajikan - Pn Junainah Dawam
Biro Teknologi Maklumat - En Razali Ahmad
Biro Kebudayaan - Tn Hj Zahari Hj Othman

Barisan Kepimpinan JKKK

Barisan Kepimpinan Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK)
Pogoh 4

Pengerusi  
Tn Hj Idris Hj Yunos  

Timbalan Pengerusi 
 Tn Hj Tumijan Suratman  

Setiausaha  
En Zakaria Baharan  

Bendahari  
Tn Hj Ahmad Jasman  

Jawatankuasa : 
En Khamis Ngadiman  
Pn Juriah Kurdi
En Sollehan Hafiz Mustapa  
Tn Hj Maan Hj Abu Bakar  
Tn Hj Duan Maimon
Tn Hj Rosli Baruji 
En Johari Marsan
En Ahmad Rus Sarimin
En Mashon Kurdi  
Tn Hj Zahari bin Othman 
Pn Junainah Dawam  
En Salehin Hj Lot  
En S.Sarabanan  
En Ahmad Shamsul Tumijan  
En Ab Razak Ab Rahman  
En Razali Ahmad

Profil Ringkas Kampung Melayu Raya

Profil Ringkas
Gerakan Daya Wawasan Kampung Melayu Raya
85000 Segamat


Kampung Induk: 
Kampung Melayu Raya


Kampung Rangkaian :
1. Kampung Genuang Baru
2. Kampung Sri Dagang
3. Kampung India Genuang Baru

Daerah: 
Segamat

Mukim: 
Pogoh

Parlimen: 
Sekijang (YB Datuk Hj Baharom bin Mohamad)

DUN: 
Kemelah (YB Ayob bin Rahmat)

Penghulu: 
En. Sabri bin Nozari

Ketua Kampung:
Tn. Hj. Idris bin Hj Yunos

Keluasan Kampung: 
1887 Ekar

Bilangan Penduduk:
673 Orang

Bilangan Keluarga:
181 Orang

Bilangan Rumah:
181 Buah rumah

Pecahan Penduduk: 
331 Lelaki dan 342 Wanita;
1-15 tahun 214 org
16-30 tahun 176 org
31-45 tahun 130 org
45-60 tahun 75 org
60 tahun ++ 78 org
Pekerjaan Penduduk:
Majoriti penduduk bekerja sendiri (petani,penoreh getah dll.),  26 orang kakitangan kerajaan dan 89 pekerja swasta.

Aktiviti Pertanian Utama: 
Tanaman getah dan kelapa sawit.

Kemudahan Asas:
1. Bekalan elektrik (Tenaga Nasional Berhad,TNB)
 2. Bekalan air bersih (Syarikat Air Johor Holdings, SAJH)
 3. Jalan kampung bertar sepanjang 13 km
 4. Masjid Jamek dan 2 buah surau*
 5. Sebuah sekolah kebangsaan, sebuah sekolah agama dan sebuah tabika
 6. 3 buah telefon awam
 7. Sebuah Klinik Desa
 8. 6 buah kedai runcit dan 5 buah gerai makanan
 9. 2 buah bengkel
 10. Pusat pengumpulan getah**
 11. Balairaya
 12. Dewan terbuka

Alamat e-mail: 

Alamat surat menyurat:
No. 18, Jalan No. 3,
Kampung Melayu Raya,
85000 Segamat,
Johor Darul Takzim.

*4 buah surau termasuk kampung rangkaian (1 di Kg Genuang Baru dan 1 di Kg Sri Dagang)
**4 pusat pengumpulan getah termasuk kampung rangkaian (1 di Kg Genuang Baru, 2 di Kg Sri Dagang)

Sejarah dan Pengenalan

Kampung Melayu Raya, Segamat, Johor, merupakan sebuah kampung tradisional dalam Mukim Pogoh. Kampung ini dibuka dengan rasminya pada 4 November 1952. Nama ”Melayu Raya” diberi sempena nama En. Ali bin Raya yang merupakan Pegawai Daerah Segamat ketika itu. 

Kampung Melayu Raya terletak 15km dari bandar Segamat, dengan majoriti penduduk berbangsa Melayu. Dengan jumlah keluasan 1887 ekar, Kampung Melayu Raya mempunyai 673 orang penduduk*. Kampung ini juga termasuk dalam Gerakan Daya Wawasan Daerah Segamat.

Kampung Melayu Raya adalah kampung induk yang mempunyai 3 buah kampung rangkaian iaitu Kampung Genuang Baru, Kampung Sri Dagang dan Kampung India Genuang Baru. Rangkaian ini ditadbir oleh sebuah Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Pogoh 4.

*Jumlah penduduk sehingga Ogos 2009, tidak termasuk kampung rangkaian

Salam 1Malaysia

Salam 1Malaysia untuk warga dunia.

Blog Kampung Melayu Raya ini diwujudkan khas sebagai portal penghubung, untuk mengumpulkan semua anak kampung di dunia maya ini. Segala info dan berita terkini juga akan dilaporkan disini. Diharap blog ini akan memberi manfaat kepada semua pihak.
 

Anda pengunjung yang ke: