Pages

Nov 22, 2010

SK Melayu Raya : Bangunan Baru, Semangat Baru, Harapan Baru

Bangunan baru SK Melayu Raya yang mula dibina sejak lebih setahun lalu kini siap dibina. Esok, 23 November 2010, majlis penyerahan bangunan oleh pihak kontraktor kepada Pejabat Pendidikan Daerah Segamat akan berlangsung.

Petang tadi, saya berkesempatan melihat sendiri bangunan tersebut. Cukup besar untuk bilangan murid sedia ada. Beruntung budak-budak zaman sekarang.

Klik "read more" untuk melihat gambar.

 





Surau, memang besar


Bilik darjah yang sangat selesa


Tinggi..kalau dapat kelas di tingkat 4, memang fit naik tangga hari-hari

Dewan terbuka

Kantin



Tengok tu...bersusun air-cond.

Dengan bangunan baru ini, diharap bukan sahaja murid-murid, malah para guru dan kakitangan SK Melayu Raya akan mendapat semangat baru untuk meneruskan kegemilangan sekolah dari segi akademik dan ko-kurikulum.

Satu lagi harapan saya, dengan berdirinya bangunan baru ini, bekas-bekas pelajar diharap dapat terus menyokong pembangunan sosial adik-adik/anak-anak kita. Semoga Persatuan Bekas Pelajar (Alumni) yang sekian lama menyepi dapat aktif semula.

4 comments:

SHM said...

tp sayang, padang semakin kecil...

Unknown said...

salam..lama tak jengah sekolah ni sejak 1986..rindu plak..alhamdulillah dah dpt bangunan baru..moga terus melahirkan anak2 bangsa yg berwibawa utk masa hadapan..

Mr. Seg. said...

SDS - nak buat macam mana...tu je tanah yang ada..=(

Sazali Sajat - InsyaAllah..

SK Kuala Paya, Segamat said...

Bangunan baru yang ditunggu-tunggu oleh guru-guru,
lebih selesa untuk murid-murid.....terima kasih

Post a Comment