Pages

Jun 12, 2010

Nilai kesedaran..

Semalam selepas solat jumaat, saya menunggang motorsikal untuk pulang ke rumah. Dalam perjalanan, sekumpulan budak memotong. kemudian beberapa ketika, seorang dari mereka memperlahankan motor jadi saya cuba memintas semula. Tiba-tiba dia laju semula dan terus wheelie di depan saya. Saya menjarakkan motor kerana hati kecil saya mengatakan sesuatu akan berlaku, dan ternyata, seketika kemudian, budak tersebut terjatuh. Sambil menjeling, saya membiarkan mereka terbaring di jalan tanpa niat untuk membantu. Sendiri cari pasal, sendiri la tanggung.

Kemudian pada petangnya, ketika saya dalam perjalanan ke balairaya untuk program bersama RTM, saya terserempak lagi dengan budak tersebut. Sebahagian mukanya luka dan tangannya berbalut. Apa yang mengejutkan, caranya menunggang masih tidak berubah. Wheelie sana, wheelie sini. Satu persoalan disini, tidak adakah walau sedikit kesedaran dihatinya. Takkan nak tunggu mati baru nak menyesal?. Fikir-fikirkan.

No comments:

Post a Comment