Pages

Oct 18, 2010

Sinar Harian - UTHM Pilih Kampung Melayu Raya

Artikel asal di laman web Sinar Harian, atau dapatkan akhbar Sinar Harian di kedai-kedai berdekatan anda. (Pesan pada Tok Deris supaya beli banyak2 untuk orang kampung..=P)
KAMPUNG MELAYU RAYA - Seramai 17 pelajar dan beberapa kakitangan serta tenaga pengajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat telah berkampung di sini, selama tiga hari dua malam untuk menjalankan Program Khidmat Masyarakat.

Pengarah Program, Dr Mohd Akbal Abdullah berkata, program khidmat masyarakat yang diadakan merangkumi pelbagai program melibatkan penduduk dan sekitar Kampung Melayu Raya ini dan pelajar serta pensyarah yang hadir.

“Program yang kita jadualkan di sini amat padat dan kita berharap semua yang telah dirancang dapat dijalankan dengan sempurna. Antara aktiviti yang dijalankan ialah, akikah, lawatan sambil membersihkan rumah warga tua dan mengadakan kelas tambahan untuk adik-adik yang masih bersekolah,” katanya.

Menurutnya, sepanjang program dijalankan, semua peserta termasuk kakitangan dan pensyarah akan tinggal di rumah penduduk di sini, tidak seperti sesetengah program hanya pelajar sahaja yang tinggal bersama penduduk kampung.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemelah, Datuk Ayub Rahmat berkata, program seumpama ini adalah program yang perlu disertai penduduk kampung ini kerana pelbagai aktiviti bermanfaat dijalankan.

“Peluang yang datang perlu direbut kerana program ini dapat mengeratkan silaturahim antara penduduk kampung dengan peserta,” katanya.

Oct 13, 2010

Program Anak Angkat Universiti Tun Hussien Onn Malaysia

Tarikh : 15 - 17 Oktober 2010
Tempat : Kampung Melayu Raya, Segamat
Aktiviti : Program akiqah, ceramah isu semasa, perlawanan futsal, dan beberapa program lain.

*diharap pihak JKKK mendapat kerjasama sepenuhnya dari pihak penduduk kampung, terutamanya keluarga-keluarga angkat.