Pages

Jun 21, 2010

Friendly Futsal dan Sambutan Hari Belia peringkat Negeri Johor


Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Kg Melayu Raya mengadakan lawatan ke Johor Bahru pada 19 dan 20 Jun (Sabtu & Ahad) dengan jumlah peserta lebih kurang 40 orang. Kami berkonvoi dengan 8 buah kereta dari rumah saudara Sham Hero (cewah) jam 5 petang dan tiba di Johor bahru pada jam 8 malam. Pasukan futsal Kg Melayu Raya dengan riak dan bangganya membelasah team dari JB dalam perlawanan futsal malam tersebut.

Jam 2.00 petang keesokan harinya, kami turut serta memeriahkan perasmian Hari Belia peringkat negeri Johor di Kg Maju Jaya. Kemeriahan disitu diakhiri tragedi pengsan di petang hari menyebabkan kami terus bertolak pulang.

Anyway, memang seronok sangat lawatan semalam. Saya ucapkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada semua yang turut serta, terutamanya cikgu Shamsul yang sakit kepala uruskan belia2 Melayu Raya.

Jun 12, 2010

Nilai kesedaran..

Semalam selepas solat jumaat, saya menunggang motorsikal untuk pulang ke rumah. Dalam perjalanan, sekumpulan budak memotong. kemudian beberapa ketika, seorang dari mereka memperlahankan motor jadi saya cuba memintas semula. Tiba-tiba dia laju semula dan terus wheelie di depan saya. Saya menjarakkan motor kerana hati kecil saya mengatakan sesuatu akan berlaku, dan ternyata, seketika kemudian, budak tersebut terjatuh. Sambil menjeling, saya membiarkan mereka terbaring di jalan tanpa niat untuk membantu. Sendiri cari pasal, sendiri la tanggung.

Kemudian pada petangnya, ketika saya dalam perjalanan ke balairaya untuk program bersama RTM, saya terserempak lagi dengan budak tersebut. Sebahagian mukanya luka dan tangannya berbalut. Apa yang mengejutkan, caranya menunggang masih tidak berubah. Wheelie sana, wheelie sini. Satu persoalan disini, tidak adakah walau sedikit kesedaran dihatinya. Takkan nak tunggu mati baru nak menyesal?. Fikir-fikirkan.

Terima Kasih - Salam Desa

Program Penggambaran RTM di Kg Melayu Raya untuk rancangan Salam Desa telah berakhir malam tadi. Saya mewakili pihak JKKK, mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak RTM diatas kesudian berkunjung, kepada KEMAS, kerana memberi peluang kami mempromosikan kampung, dan kepada semua penduduk yang memberi kerjasama memuaskan sepanjang penggambaran berlangsung. Gambar sepanjang program penggambaran akan diupload dalam beberapa hari lagi.

Jun 10, 2010

Program Salam Desa RTM di Kg Melayu Raya

Semalam krew penggambaran Salam Desa RTM telah tiba di Kg Melayu Raya jam 6.20 ptg. Penggambaran telah dimulakan pagi ini bermula di IKS daun getah (Pn Hajah Sarumi) dan kemudian ke pusat pengumpulan getah (Hj Rosle). Kepada sesiapa yang berminat nak tengok mukanya masuk tv, rajin-rajin la ikut krew ni yer..=). mereka akan berada di Kampung Melayu Raya sehingga 12 Jun (Sabtu). Diharap penduduk memberi kerjasama sepenuhnya. Koleksi gambar sepanjang penggambaran akan diupdate selepas program penggambaran berakhir.

Jun 8, 2010

Diploma dianggap pilihan selamat

Petikan daripada myMetro untuk renungan dan panduan bersama:

Beranggapan matrikulasi platform pantas memperoleh segulung ijazah, ramai pelajar salah membuat pilihan sekali gus gagal menamatkan pengajian.
Biarpun bijak dan memperoleh keputusan cemerlang, bukan jaminan mereka mampu mengharungi tempoh pengajian setahun yang padat dan mencabar kerana matrikulasi berisiko kalau tidak bersedia.
Tidak hairanlah ada yang kecundang kerana tidak mampu mengikut syarat diperuntukkan meskipun mempunyai keputusan cemerlang.
Dengan 14 kolej matrikulasi seluruh negara dan enam pusat asasi ditawarkan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) , peratusan mereka yang gagal menamatkan pengajian tetap ada.
Persoalannya ke mana arah mereka yang gagal ini dan masih wujudkah lagi peluang lain menyambung pengajian? Naib Canselor Universiti Teknologi Mara ( UiTM), Datuk Profesor Dr Sahol Hamid Abu Bakar, berkata kegagalan tidak bermakna cita-cita mereka menggenggam ijazah terhenti kerana peluang masih terbuka.
Menurutnya, banyak institusi pendidikan dalam negara mampu memberi peluang kedua menyambung pengajian sekali gus memperbaiki kegagalan.
"Kali pertama gagal, renung apa kesilapan diri. Mereka bijak tapi bukan semua boleh berjaya. Bagaimanapun jangan jadikan itu sebagai alasan.
"Rebut peluang belajar yang ditawarkan pelbagai institusi sedia ada. Itu lebih baik daripada terus meratap dan menyalahkan diri sendiri," katanya.
Diploma yang ditawarkan kebanyakan IPTA adalah peluang terbaik kerana pelajar boleh menggunakan semula kelayakan asas SPM untuk memohon.
Berbanding matrikulasi, diploma juga dianggap pilihan 'selamat' untuk membina masa depan meskipun tempoh pengajian tiga tahun. Pasaran kerjayanya juga cerah kerana program berkenaan sudah dimantapkan dengan keperluan industri.
Kepelbagaian program juga satu kelebihan berbanding matrikulasi yang hanya menawarkan dua jurusan iaitu sains dan perakaunan.
Atas dasar keprihatinan, UiTM turut membuka pintu menawarkan diploma namun mesti mengikut prosedur ditetapkan, antaranya perlu memohon semula menggunakan kelayakan SPM.
Bagaimanapun, Dr Sahol Hamid berkata, jangan melihat isu itu sebagai sensasi tapi lebih kepada menunaikan tanggungjawab kepada anak bangsa.
"Sebagai sebuah universiti yang mempunyai keupayaan menampung kapasiti pelajar ramai, UiTM memang mahu membantu apatah lagi ada wawasan untuk mencapai sasaran 200,000 pelajar.
"Bagaimanapun tiada keistimewaan diberikan, kena ikut proses dan permohonan menggunakan SPM. Rugi kerana perlu mengulang tapi itu lebih daripada terus meratap kegagalan," katanya.
Program Matrikulasi kecuali di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Pusat Asasi Sains Universiti Malaya dikendalikan sepenuhnya Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia.
Empat IPTA lain ialah Pusat Asasi UiTM, Sains Pertanian Universiti Pertanian Malaysia (UPM), Pusat Tamhidi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Pusat Asasi Universiti Pertahanan Malaysia ( UPNM).
Ditanya jika ada agenda tersembunyi, beliau menafikan sebaliknya menganggap tujuan itu adalah amanah kepada semua institusi yang menjadi pemangkin proses pembelajaran sepanjang hayat.
Malah turut menegaskan matrikulasi tidak gagal dan masih relevan cuma berisiko tinggi kepada pelajar yang lalai.
"Jika gagal diploma masih boleh mengulang, peluang kerjaya juga lebih terjamin tapi bagaimana jika gagal matrikulasi sebab sijilnya kurang diperakui majikan.
" Sama ada matrikulasi atau diploma, terserah tapi kena pastikan benar- benar bersedia, kalau tidak pasti rugi dan buang masa," katanya.
Dr Sahol Hamid berkata kegagalan adalah subjektif tapi mengakui faktor piawaian pengajian yang tinggi menyebabkan pelajar perlu bersedia melalui frasa pengajian ditawarkan.
"Jangan belajar sambil lewa tapi beri penumpuan. Kalau tidak, bersedialah menghadapi risikonya," katanya.